Bagan Datoh

Bagan Datoh adalah sebuah pekan kecil di Perak. Letakknya di Daerah Hilir Perak. Dari segi sebutan, masyarakat setempat menyebut Bagan Datoh sebagai Bagan Datok … tapi entah macam mana dalam ejaan rasmi ia ditulis sebagai Bagan Datoh. Ape-ape lah, ikut ejaan rasmi sudah.

Bila disebut Bagan Datoh, kawasannya meliputi dari Pekan Bagan Datoh hinggalah ke Simpat Empat dan Hutan Melintang. Dari segi perwakilan dalam kerajaan pula, kawasan Parlimennya ialah Parlimen Bagan Datoh. DUN yang didalam parlimen Bagan Datoh ini ialah DUN Rungkup dan DUN Hutan Melintang. 

Dari segi ekonomi dan pertanian, Bagan Datoh terkenal dengan penanaman Kelapa. Satu ketika dulu, koko juga banyak ditanam di Bagan Datoh. Tetapi pada tahun 1990an, tanaman koko telah mengalami sejenis penyakit yang menjangkiti hampir semua pokok koko. Sedikit demi sedikit, semakin ramai penanam koko yang telah pun menebang pokok koko mereka. Hilang koko timbul pula kelapa sawit. Semakin ramai peladang kini bertukar kepada kelapa sawit.

Tempat paling terkenal di Bagan Datoh ialah jeti Bagan Datoh. Jeti ini dah wujud lama, sekarang sudah diperbaharuai, siap dimangga lagi bila tidak digunakan.  Antara anak Bagan Datoh yang terkenal dah semestinya Dato’ M. Daud Kilau. Kadang-kadang ada ternampak beliau membeli-belah dipasar pagi Ahad Bagan Datoh.

Selain daripada tu dah tentulah Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Siapa lagi kalau bukan Ahli Parlimen Bagan Datoh yang kadang-kadang kontroversi.

Ada lagi ahli politik anak Bagan Datoh yang terkenal, tapi mungkin ramai yang terlupa, sebab dia dulu orang kuat PAS. Beliau ialah Dato’ Hassan Adli.  Ustaz Hassan Adli adalah antara bekas guru emak dan makcik saya. Jasa beliau pada Bagan Datoh amat tinggi.

Selain dari itu dah tentulah “Beting Beras Basah” … ini antara tempat istiadat yang utama dalam pertabalan Sultan Perak. Pada 1984, saya turut sama turun ke pekan Bagan Datoh untuk menyaksikan sendiri kehadiran Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada hari pertabalan Baginda. Penuh sesak pekan Bagan Datoh waktu tu. Bas hijau pun habis penuh sesak macam ikan sardin.

Blog ini adalah blog untuk Bagan Datoh. Ini posting yang pertama

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment